Wednesday, November 4, 2009

Biro Badan Bertindak GPMS Sitiawan.

Salam sejahtera kepada para pembaca budiman,blog ini merupakan wadah bagi sesiapa sahaja untuk melontar idea dalam meneruskan warisan perjuangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.(GPMS).Lantaran itu ianya bermula dengan wujudnya GPMS Cawangan Sitiawan,sebuah pertubuhan belia yang bergerak demi masa depan pendidikan anak-anak Melayu ,khasnya di Daerah Manjung dan umumnya di mana-mana sahaja.

Justeru setiap lontaran idea,aktiviti dan kegiatan yang dilalui oleh Biro Badan Bertindak GPMS Sitiawan,BBB GPMS Perak atau GPMS boleh dikongsi bersama dalam blog ini.Selamat berjuang dan membina cita-cita agama ,bangsa dan negara.